ONLINE REGISTRATION SYSTEM

Application Terms & Conditions (Terma & Syarat)

  1. Semua individu yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk memohon.
    1. Keahlian biasa pertubuhan ini adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang cacat penglihatan yang telah mencapai usia 18 tahun dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
    2. Keahlian bersekutu Pertubuhan ini adalah terbuka kepada warga negara Malaysia yang berpenglihatan dan telah mencapai umur 18 tahun.
    3. Keahlian sokongan adalah terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas yang tidak bermastautin di Malaysia tetapi ingin memberi sumbangan untuk memajukan Pertubuhan ini.
    4. Keahlian seumur hidup adalah terbuka kepada ahli biasa yang telah menjadi ahli pertubuhan ini sekurang-kurangnya lima tahun secara berterusan.
  2. Pencadang dan penyokong untuk permohonan keahlian biasa, keahlian bersekutu dan keahlian sokongan hendaklah terdiri dari mereka yang telah menjadi ahli SBM sekurang-kurangnya setahun dan salah seorang daripada mereka mestilah ahli biasa. Tiada pencadang dan penyokong diperlukan untuk permohonan keahlian seumur hidup.
  3. Yuran
    1. Ahli biasa mestilah membayar sebanyak RM10.00 sebagai yuran tahunan.
    2. Ahli bersekutu mestilah membayar RM5.00 sebagai yuran tahunan.
    3. Ahli sokongan mestilah membayar RM5.00 sebagai yuran tahunan.
    4. Ahli seumur hidup mestilah membayar RM60.00 (sekali bayar sahaja). Bayaran tersebut dikecualikan bagi ahli biasa yang berusia enam puluh tahun ke atas.
    5. Yuran tahunan adalah untuk satu tahun kalendar, misalnya yuran tahunan yang dibayar pada bila-bila masa dalam tahun 2014 adalah untuk tahun 2014 sahaja.
    6. Tempoh untuk menjelaskan yuran tahunan adalah dari 1 Januari hingga 31 Mac. Mereka yang gagal menjelaskan yuran tahunan selepas 31 Mac akan menerima surat peringatan untuk menjelaskan yuran tahunan masing-masing.
  4. Hutang-hutang
    1. Setiap ahli yang hutang yurannya tidak dilunaskan selepas 31 Mei akan dianggap telah menarik diri dari Pertubuhan ini.
    2. Individu yang memohon untuk kemasukan semula sebagai ahli SBM adalah dikenakan yuran kemasukan semula sebanyak RM20.00 dan perlu membayar yuran tahunan untuk tahun berkenaan.

Membership Application

Next of Kin for Emergency (Waris Terdekat atau Sesiapa Yang Boleh Dihubungi Semasa Kecemasan)
Proposer (Pencadang)
Seconder (Penyokong)
(current)